Assalamualaikum wbt dan hai semua,

Apa khabar? Semoga anda semua sihat dan sejahtera bersama keluarga tercinta. 

Kami di HudJannah alhamdulillah sihat semuanya.

Bisnes macam mana? 

HudJannah menjalankan perniagaan 100% secara dalam talian. Jadi, walaupun sekarang musim PKP, kami tetap terima order dan tetap buat penghantaran kepada pelanggan.

Entry kali ni saya ada tips untuk anda semua yang mendaftar sebagai dropship HudJannah. Ini bukan sekadar tips tapi adalah sesuatu yang anda perlu buat bagi melancarkan bisnes anda di Shopee. Kecuali jika anda berniaga di platform lain, tips ini tidak terkesan. Tips nya adalah seperti berikut.


1. Anda TIDAK DIBENARKAN membuat Product Discount di kedai Shopee bagi semua produk yang anda sourcing daripada HudJannah. Hal ni kerana Product Discount akan menghalang sistem HudJannah melakukan update stok di kedai Shopee anda. Ini memang setting Shopee ya.

2. Anda DIGALAKKAN membuat Shop Voucher untuk memberi diskaun kepada pelanggan sebagai marketing kerana Shop Voucher tidak menghalang sistem HudJannah melakukan update stok di kedai Shopee anda. 


Harap anda boleh bezakan antara Product Discount dan Shope Voucher. Boleh juga tengok perbezaannya pada gambar-gambar yang kami sertakan di bawah.




Selamat berniaga semua.


- Dr NT