Memperkenalkan dress terbaru kami yang juga dikenali sebagai jubah atau abaya. Dress yang diperbuat daripada jenis fabrik berkualiti tinggi iaitu 100% polyster serta dihias dengan sulaman bunga di bahagian dada menjadikan dress ini sangat cantik dipakai oleh wanita di Malaysia terutama muslimah. Potongannya yang unik dengan tiga bahagian jahitan yang dijahit bagi menampakkan efect menarik ala skirt juga merupakan fesyen terkini yang bukan sahaja cantik tetapi juga memberikan kelonggaran pada bahagian tubuh si pemakai.

Selain berkualiti, fabrik yang digunakan juga tahan lasak, tahan kedut dan sangat selesa dipakai setiap hari. Untuk menyambut tahun 2020, fesyen dress berwarna biru ala denim ini sangat menjadi pilihan ramai. Jom beli untuk diri sendiri dengan harga member yang istimewa atau jual sebagai dropship untuk menjana pendapatan sampingan anda.