Hai semua,

Setelah mendapat banyak permintaan untuk mendaftar dropship, pihak syarikat bersetuju untuk membuka semula pendaftaran dropship bagi HudJannah mulai Disember ini. Namun, kali ini pihak syarikat terpaksa mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 (sekali bayar) yang juga merupakan yuran komitmen sekaligus untuk membantu syarikat menampung kos maintainance sistem HudJannah.

Ada sebabnya kami perlukan yuran komitmen, kerana setelah hampir dua tahun beroperasi, kami bertemu dengan ramai orang yang tidak serius menjalankan perniagaan yang diberi peluang secara percuma. Mereka sama sekali tidak membaca terma dan syarat HudJannah dengan baik dan juga tidak membaca update daripada Shopee setiap masa. Hal ini memberi kesan kepada kami dan antara kesannya ialah;

1. Dropship membuat diskaun menyebabkan server time-out setiap kali proses sync dijalankan.

2. Dropship melakukan On Vacation menyebabkan server time-out setiap kali proses sync dijalankan.

3. Dropship DELETE produk di kedai Shopee mereka selepas sync tanpa delete item-item tersebut di HudJannah (Hal ini juga boleh menyebabkan server time-out setiap kali proses sync di jalankan).

4. Terdapat dropship yang menipu no mykad dan menyamar jadi orang lain untuk membina lebih dari satu kedai.

5. Terdapat dropship yang langsung tidak login kedai Shopee mereka dan membuatkan kedai Shopee mereka invisible di Shopee.

6. Terdapat dropship yang mencampur-adukkan produk-produk HudJannah dengan produk mereka sendiri atau dari pembekal lain. Hal ini akan memberi masalah jika pelanggan anda membuat pesanan dari lain-lain pembekal dalam satu order yang sama.

7. Lain-lain terma yang dilanggar sesuka hati oleh para dropship.


Mengapa bila server time-out ketika proses sync dijalankan menjadi masalah kepada kami? Hal ini disebabkan ia akan menghentikan proses syncing yang sedang berjalan dan menyebabkan banyak kedai-kedai Shopee bagi dropship yang belum sync tidak menerima update. Stok dan harga produk kami sentiasa berubah-ubah, apabila proses sync terganggu, akan ada kedai Shopee para dropship yang tidak mendapat update yang sepatutnya. Fungsi automation yang sepatutnya memudahkan tidak dapat membantu. Stok yang telah berkurang, habis atau kami tambah semula sepatutnya setara dengan kedai-kedai Shopee para dropship. Namun, kami sering menerima error time-out dan puncanya adalah daripada perkara-perkara yang kami sebutkan di atas. 

Perkara ini amat teknikal dan mungkin tidak semua akan faham apa sebenarnya yang berlaku. Cukuplah jika kami katakan, HudJannah tidak memerlukan dropship yang mendaftar hanya kerana ingin menguji sistem kami tetapi tidak serius ingin menjalankan perniagaan percuma yang telah diberi.

Oleh itu, kami perlukan dropship yang benar-benar serius berniaga dengan program percuma kami. Program ini masih percuma, cuma yuran komitmen yang kami kenakan sebagai tapisan kepada mereka yang benar-benar serius sahaja.

Anda perlu membaca sepenuhnya terma dan syarat kami, dan jika anda melanggar terma dan syarat, akaun anda di HudJannah akan di ban. Jika akaun anda di ban, anda boleh mendaftar semula tetapi perlu membayar semula yuran RM10.00 tersebut.

Selain berniaga di Shopee, anda juga dibenarkan menjual produk-produk HudJannah di platform lain seperti di media sosial facebook, instagram atau tik tok. Cuma anda perlu melakukannya secara manual seperti muat naik gambar dan keterangan serta mengikuti perkembangan stok terkini. Kami hanya menyediakan program automation untuk menjual di Shopee sahaja.

Harap semua dropship HudJannah jelas dengan maksud blog ini dan kerjasama semua amat kami hargai.


Founder HudJannah, 

Dr Noraini