Kadang-kadang, produk-produk di HudJannah ada yang terjual dengan pantas. Namun, selalunya kami akan restock semula produk tersebut. Ada yang ambil masa sekejap untuk restock, ada yang ambil masa lama sedikit untuk restock bergantung pada supplier. Oleh itu, jika anda dapat alert dari Shopee yang mengatakan produk anda (listing dari HudJannah) telah out of stock, kami mohon agar anda jangan terus delete produk tersebut. 

Jika anda delete di Shopee, sebenarnya anda masih lagi tidak delete maklumat syncronization produk tersebut antara kedai Shopee anda dengan HudJannah yang ada dalam database kami. Hal ini akan menyebabkan anda tidak boleh untuk add semula (sync semula) kerana sistem akan membacanya sebagai 'Duplicate Item'.

Jika anda benar-benar ingin keluarkan produk tersebut dari kedai Shopee anda, sila lah delete menggunakan butang delete di HudJannah. Namun, tiada masalah jika anda tidak delete produk tersebut, kerana apabila kami restock, jumlah stok produk tersebut akan bertambah semula di kedai Shopee anda kerana kedai anda adalah syncronized dengan sistem HudJannah.

Oleh itu, jangan terburu-buru delete produk yang kehabisan stok melainkan jika anda memang mahu keluarkan ia dari kedai Shopee anda, tetapi gunakanlah butang delete di HudJannah bukan di kedai Shopee anda. Lihat gambar.