#FollowTheRules


Hi semua, pernah dengar atau pernah tengok tak peniaga yg tulis mereka adalah 'authorised dropship'.

Kalau ikut model bisnes dropship, sepatutnya peniaga yg menjalankan dropship tak perlu mendedahkan yang mereka adalah dropshipper.

Di luar negara, mereka yang berjaya dalam perniagaan dropship menjalankan perniagaan seolah-olah perniagaan itu kepunyaan mereka dan seolah-olah mereka mempunyai warehouse mereka sendiri.

Ya betul. Anda tidak perlu declare anda adalah dropshipper. Sebab tu di HudJannah, kami tidak mendedahkan status anda sebagai dropship kami. Jika anda terima pesanan, kami hantar pesanan tersebut dengan nama anda sebagai sender atau seller.

HudJannah cuba sedaya upaya mempraktikkN perniagaan menggunakan model bisnes dropship yang betul demi untuk membantu rakyat Malaysia menambah pendapatan.


Kami tidak mengenakan sebarang bayaran.

Malah, kami bekerja lebih masa membantu para dropship menggunakan sistem kami. Bukan itu sahaja, ada yang belum pernah ada akaun Shopee dan kami mengajarkan mereka mendaftar akaun Shopee dari A-Z. 

Rama juga yang langsung tidak mengerti konsep automasi dropship. Kami tetap membimbing walau kadang-kala amat menguji kami.


Mengapa kami lakukan semua ini? 

Kerana kami juga pernah seperti anda suatu ketika dulu. Kami pernah ingin berniaga tapi tiada siapa ingin mengajar secara percuma. 

Kami ingin berniaga tetapi tiada siapa yang ingin menjual borong pada harga murah. Tiada yg sudi memberi kredit kepada kami. Tiada yang ingin memudahkan kami dengan sistem automasi yang tidak memerlukan kerja-kerja seperti copy dan paste maklumat produk.

Kini, kami lakukan semua ini untuk memudahkan rakyat Malaysia yang ingin melakukan perniagaan atau yang ingin menambah pendapatan.

Apa yang perlu anda buat untuk kami pula?

Kami tak minta banyak, kami hanya mahu anda patuh peraturan yang telah ditetapkan seperti di bawah dan sila jujur berikan no mykad anda untuk simpanan kami. Kami perlukan maklumat no mykad untuk pastikan anda adalah rakyat Malaysia dan juga sebagai langkah membendung penglibatan scammer atau penyamar.


Peraturan-peraturan dropship HudJannah.


1. Sila jujur berikan nama penuh dan no mykad sebenar.

2. Jika anda berniaga di shopee, mohon agar tidak membuat product discount kerana kedai Shopee yang sedang membuat product discount tidak disegerakkan oleh sistem kami. Apabila terlalu banyak error yang diterima oleh sistem kami akibat kedai Shopee anda yang membuat product discount, maka timeout akan berlaku semasa proses segerak. Hal ini akan menyebabkan dropship-dropship yang lain juga tidak mendapat update dari sistem kami.

3. Sentiasa login dan boost produk anda di Shopee untuk membolehkan produk anda sentiasa keluar di Shopee Feed.

4. Jangan campurkan produk HudJannah dengan produk dari pembekal lain dalam satu kedai Shopee yang sama. Hal ini akan menyukarkan penghantaran menggunakan awb. Jika anda outsourcing produk dari pembekal lain selain Hudjannah, anda perlu create akaun Shopee yang berbeza.

5. Jangan set kedai Shopee anda kepada Vacation Mode jika anda bercuti.

Anda tidak perlu pun melakukan itu kerana kami yang melakukan penghantaran produk. Jika anda terpaksa juga set kedai Shopee anda kepada Vacation Mode, pastikan anda delete dahulu produk HudJannah menggunakan button delete di website HudJannah. Jangan delete terus dari kedai Shopee anda. Hal ini kerana kedai Shopee yang sedang dalam Vacation Mode tidak boleh disegerakkan dengan sistem kami sedangkan stok sentiasa berubah dengan cepat sama ada berkurang atau bertambah atau ada juga produk yang kami padam terus selepas habis stok.

7. Jika kami dapati anda authorized kedai Shopee anda di HudJannah tetapi anda tidak outsourcing langsung produk-produk HudJannah setelah sekian lama (lebih sebulan), kami akan de-authorized kedai Shopee anda tanpa notis.

Mohon agar semua dropshipper mematuhi peraturan yang mudah ini, terima kasih.


https://hudjannah.my