Assalamualaikum dan hai semua,

Sekali lagi HudJannah terpaksa tutup pendaftaran dropship. Tak tau nak cakap macam mana penatnya CS HudJannah deal dengan ramai user yang mendaftar sebagai dropship tapi mengabaikan terma dan syarat. Jadi, cukup-cukuplah. Kami dah penat. 

Bagi yang telah mendaftar dan telah pun membayar yuran dropship seumur hidup (tidak dikembalikan) sebanyak RM10, anda masih boleh login dan sync produk macam biasa. 

Tetapi, menjelang tahun 2021, kami tidak akan menerima lagi pendaftaran dropship baru.

Akhir kata, selamat menyambut tahun baru 2021. Semoga kita semua terus berjaya mencapai azam baru yang lebih baik di tahun hadapan.


Founder,

HudJannah